HOME

* Kepakaran Kami Adalah Membantu Anda Mendapatkan Perabot Besi Terpakai & Baru Yang Berkualiti Dan Tahan Lasak, Khusus Untuk Asrama / Hostel Pekerja / Madrasah Dan Pusat Tahfiz, Perabot Yang Masih Kukuh Serta Selamat Digunakan Untuk Jangka Masa Yang Panjang.

Kami Merupakan Pembekal Perabot Asrama Berasakan Besi, Semua Perabot Yang Kami Bekalkan Adalah Perabot Besi Terpakai Mengikut Spesifikasi Kerajaan Yang Diluluskan (Dengan Ciri-Ciri Keselamatan Dari Segi Ketebalan Besi, Lantai Katil, Tangga Serta Penghadang Katil Kiri Dan Kanan Yang Mampu Menampung Berat Sehingga 350kg) Pada Satu Masa, Terutama Untuk Katil Double Decker. (Contoh Seperti Gambar-Gambar Di Bawah). 

Item Yang Paling Tinggi Permintaannya Di Pasaran Adalah Katil Dua Tingkat, Kerana Pengunaan Katil Dua Tingkat Dapat Menjimatkan Banyak Ruang, Lazimnya Katil Dua Tingkat Memiliki Kaki Katil Yang Berbeza Mengikut Reka Bentuk Dan Jenis, Ada Jenis Yang Bulat (Standard) Dan Ada Yang Empat Persegi.

Bagi Katil Setingkat Dan Dua Tingkat Tidak Banyak Beza, Untuk Katil Setingkat Kaki Katil Sama Iaitu Berbentuk Bulat (Standard) Yang Berbeza Hanya Size Besi (Kaki Katil) Contoh 50mm Dan 38mm.  

Locker Besi Pula Ada Banyak Jenis Dan Reka Bentuk Sebagai Contoh Dari Segi Size, Ketinggian, Panjang Dan Lebar, Size Yang Banyak Terdapat Dipasaran Untuk Locker Sila Semak Di Ruangan “ITEM”, Sebab Kebanyakan IPTA / IPTS Tempatan, Mereka Ada Standard Size,  Spec Dan Juga Reka Bentuk Locker Yang Mereka Inginkan. 

Tilam Yang Banyak Digunakan Dikebanyakan Asrama Adalah Tilam Latex Dan HRF (High Resilience Form) Kerana Kedua-Dua Jenis Tilam Ini Lebih Tahan Lama Berbanding Jenis Tilam Yang Lain Contohnya Tilam Sponge Dan Foam Biasa (Cepat Nipis). Manakala Tilam Rebond Ada Yang Tahan Lama Bergantung Dengan Kandungan Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Tilam Tersebut.  

Meja Pelajar , Kerusi Pelajar, Meja Banquet, Kerusi Banquet, Rak Kasut, Rak Buku, Stopper, Kunci Locker, Sarung Tilam Dan Beberapa Lagi Item Yang Berkaitan Kelengkapan Asrama / Hostel Pekerja / Madrasah Dan Pusat Tahfiz Yang Kami Boleh Bekalkan Kepada Anda, Anda Hanya Perlu Menghubungi Kami Secara Langsung Dan Berbincang Terus Dengan Team Kami.